MUSLIMAH KECIL DISINI

Thursday, 12 December 2013

muslimah pon manusia biasa.

assalamualaikum .
aku tak boleh tidur walupun berjam jam cuba melelapkan mata kurniaan ilahi .
sedih . nak tidur awal  tapi tak boleh .
tahun depan dah lah sekolah . habislah kalau perangai tak tidur terbawa bawa sampai tahun depan .


sementara nak lelap mata yang tak boleh lelap . terfikir juga .
kalu nampak mana mana pak haji , pak serban , wanita bertudung labuh dan berniqab aku mesti cakap wahh die mesti baik gileeee !!!!!
ye lah orang yang lurus ikuti ape yang diperintah ALLAH mesti lah baik kan .
namun aku silap . SILAP BESAR !

mereka juga manusia , manusia biasa seperti aku .
yang mempunyai nafsu dan perasaan .
ya kita lupa tu !

yang kadangnya membuat silap , termaki , terkurang sabar .
bila ada saja muslimah atau pak serban buat silap sikit . ramai sangat orang akan terus pandang serong
atau tidak mempercayai lagi . namun percaya lah dia setaraf dan sekufu dengan kita .

jangan lah terus menghukum . siapa kita untuk mengadili dia sebegitu . sedangkan nabi pon memaafkan umatnya apatah lagi kita manusia yang tiada apa apa gelaran . hanya hamba biasa di muka bumi ini..

ingat kawan kawan kalau ada orang buat salah ke apa . jangan terus bash mereka. maafkan dan beri peluang . nota ini untuk diri sendiri juga ya ramlah saharani :)





Wednesday, 4 December 2013

penutup dagu yang murah

assalamualaikum / selamat pagi/ selamat malam
hari ini kami akan cerita pasal penutup dagu . dia bukan macam inner tapi ...
nak tahu tak? haa . mari saya habaq kat hampa . kualiti kain lycra terbaikkk . tak panas serap peluh ringan . murah pulak tu dibawah rm10 . berminat ? ada pelbagai warna . terbaik . ia boleh dipakai dengan tudung biasa atau dipakai dengan telekung . hebat kan? 1 produk pelbagai guna . jangan risau ada je reegift untu kenkorang yang cepat cepat wechat kami untuk mendapat kan penutup dagu murah ni . 

berminat mari menghubungi saya wechat id = ramlahram95/afinaanuar
                               no.telefon =017531638/0175686479
founder kami yang menggayakan peutup dagu.


contoh penutup dagu . 

Tuesday, 3 December 2013

tudung labuh yang murah.

assalamualaikum .
selamat malam dan hai :)

masih mencari tudung labuh , tudung sekolah labuah atau biasa
yang murah ?
hanya perlukan rm 20 - rm30 . wau murahnya ?
tak perlu lagi mahal mahal untuk meutup aurat .

memang selalu tudung labuh dekat luar sana mahal mahal tahu . rm 40 lah . mana mampu contoh pelajar kan?
so kat sini junior saya dan saya ada jual tudung labuh made in her hand . junior saya yang jahit . cantik . kain berkualiti , kain nya yang tak panas . ada freegift lagi . untungnya .. waktu saya beli tudung tu dia kasi purdah . simple but nice kan ? 

do contact us in wechat = ramlahram95 , facebook = afina anuar or you can text us at me = 0175131638 or afina = 0175686479 .
sebab badan saya yang kecil jadi saya pilih saiz M yang berharga rm25

pelbagai pilihan saiz .
cantik bukan?


Saturday, 30 November 2013

permulaan yang perlahan seperti kura kura .

assalamualaikum .
hai , selamat petang mesti ada yang tengah duduk melekat kat tv2 sebab ade cerita running man .

dicepatkan lah daripada saya terus merepek tak tentu pasal .
nanti nak ambil mak kat pasar .

saya dah mula nak memakai tudung lbuh kembali .
ya , sebelum saya pakai banyak hasutan hasutan negatif berlegar legar dikepala saya..

kenapa kau harus pakai tudung labuh?
nanti ape kata orang?
kau dah tak berfesyen?
tak boleh dah makeup?
takleh da nak pakai peplum bagai?
nanti nampak gemok?
nanti orang cakap kau bajet alim?
nanti orang cop kau ustazah?
kau tak leh buat jahat dah?
(dan banyak lagi)

ye aku tahu bile kita nak mulakan bende baik .. yang jahat akan selalu berlayar di fikiran kita.
ye lah syaitan takkan give up untuk hasut manusia . itu janji dia dengan ALLAH . ingat tak?
selaku manusia kite kena banteras hasutan tu dengan berzikir,3 kul, ayat kursi .

jadi ini lah permulaan aku kembali ke jalanNYA ,

Wednesday, 20 November 2013

SANAH HELWAH RAMLAH

assalamualaikum ,
lama benarnya tidak menjenguk dunia kecil ku , dunia penulisan ku .
alhamdulillah esok bakal genap usia ku ke18 .
banyak yang aku belajar erti hidup didunia . walaupun tidak matang ,
namun sekuranngnya .. aku ada pengalaman pahit manis ..
terima kasih kepada mak ayah angkat ku yang ku anggap ibu ayah kandungku . 
terima kasih .. membesarkan ku tanpa lelah merungut .
jujur ku katakan . aku anak yang degil dan bermasalah ..
namun mereka ada untuk menegurku . tanpa letih .
dedah kan aku dunia yang berliku . ya ALLAH terima kasih . alhamdulillah .
walaupun KAU ambil ibubapa kandungku . tapi aku ada yang baru . untuk menumpang kasih ..
walaupun aku merasakan diri aku sangat kasihan namun ada yang lain yang lebih kasihan dari ku . ya ALLAH panjangkan lah umurku untuk hidup didunia MU ini . ampunilah dosaku , dosa terhadap ibu ayah angkat ku iatu saharani b ngah a rani dan che nik bt abdullah . KAU berilah mereka panjang umur, kesihatan yang baik , rezeki yang melimpah ruah , jangan lah mereka berasa letih .  BERI LAH AKU KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT . amin :) 

IHSAN GOOGLE
SELAMAT HARI JADI RAMLAH BT SUBEI 

SELAMAT HARI JADI RAMLAH SAHARANI 

Monday, 14 October 2013

ikhlas

ikhlas.

mudah di sebut mudah dibaca.
selalu diungkapkan begini.
tapi hati ini mampukah?
terus menipu ,
menipu demi kebahagiaan yang lain.
korban bahagia kita.
mengapa.
kejamkah?
mungkin? dia yang kejam
air mata yang menemani .
seolah tidak ikhlas lagi bersama kita. 
mengapa?

Sunday, 6 October 2013

Aku Leka.

assalamualaikum.

aku leka .

leka dengan benda tidak bernyawa.
aku tidak dapat merasanya.
menggunakan untungnya sahaja.
bila aku dapat.
seolah dunia ku lengkap.
ibu ayah tidak ku endah.
buku tidak ku selak
telefon dan komputer riba menjadi cinta sejati.
mengapa. 
apa semua ini?
mengapa terjadi kepadaku ?
wifi ku yang laju , maaf .
kau tidak berdosa. 
aku y berdosa.
kerana leka dengan duniawi.
maafkan aku tuhan.
maafkan aku ibu ayah.
maafkan aku tikar sujudku .
maafkan aku ilmu. 
aku leka.
ya ini mungkin dugaan yang ALLAH utuskan kepada ku.
pasti aku boleh lakukan . ya . 
ALLAH  menguji aku agar aku lebih fokus.

Wednesday, 4 September 2013

DUGAAN

ingat ALLAH 
Assalamualaikum .

hari ni hari yang paling sakit sangat .
aku meluahkan katakata yang tersirat dan tersurat di hati nie.
telalu banyak yang ku pendam hingga menanah. sakit. orang buat kita pon saya tetap berlagak cool, relax tade perasaan tapi hakikat yang sebenarnya.
tapi itu lah lagi banyak ALLAH  bagi kite ujian , dugaan sebenarnya DIA sayangkan kita. maknanya ALLAH sayangkan hambaNYA. 

kawan ? oh tidak.  mungkin sahaja dia pon ada masalah yang harus diselesaikan. jadi bagaimana . lantaran kawan saya menegur "kenapa kau berdiam sahaja" ?

ya . menjadi kebiasaanku mulut kecilku ini petah berkata kata dan tidak pernah lekang dengan senyuman . tapi hari ini . sudah cukup hati ku disiat tanpa sebab , kelmarin. aku cuba bersabar . namun aku hanyalah insan yang lemah seperti orang lain. aku wanita yang diluarnya nampak garang , ganas tapi didalam hati ku lebih lembut dari tisu , aku mudah mengeluarkan tubir mata. aku mudah teresak,tersungkur namun tiada siapa mengetahuinya. kerana mereka memikirkan aku di sifat garang itu.

tidak mengapa, mungkin suatu hari ALLAH akan balas dengan kebahagiaan . INSYAALLAH . 

aku ceritakan kepada perkhidmatan kaunseling disekolahku ,agar mereka dapat memperbaiki apa yang salah . apa yang patot aku buat . ya aku memerlukan pertolongan . aku lemah dan tak berdaya . 


YA ALLAH DENGARLAH RINTIHAN HATI KU . KAU BERIKAN LAH HAMBAMU YANG HINA DAN KEJI INI KEBAHAGIAAN , KEREDHAAN DAN NIKMATMU YA ALLAH . AMIN3X.

Tuesday, 3 September 2013

PERUBAHAN HARUS SECARA PERLAHAN2


Assalamualaikum. 
sekian lama tidak mencoret apa apa di blog ini. 
akhirnya hamba menampakkan tulisan lagi.
hamba terlupa password sebenarnya. 
pelupa ialah penyakit y ana sangat takut.
saya seorang pelupa. MASYAALLAH.

hari ni entry bertajuk PERUBAHAN . perubahan apa?
maksud saya perubahan ke arah lebih baik . ya lebih baik . insyaALLAH :)
sudah tiba masanya saya tidak terlalu taksub dengan dunia. kembali kepada akhirat ramlah. kembalilah kamu. ya . saya sedar sudah mula sedar . dan saya melakukan perubahan ke atas diri saya . perubahan yang saya katakan tadi.

perubahan tidak perlu secara terburu2 perlahanlah . ALLAH akan menerima taubat hambanya  TAKBIR !
mula mula. kita cuba betolkan niat kita tu . niat kerana ALLAH S.W.T ye kawan kawan.  dan kita tekad dalam diri kita akan mulakan perubahan dengan BISMILLAH . tutuplah aurat . itu yang penting , fizikal kita hanya mahram je yang boleh lihat ye kawan kawan . AURAT PEREMPUAN semua kecuali muka dan tapak tangan  . bagi AURAT LELAKI pula dari pusat ke lutut . ingat ye kaum adam :) 

tudung tu bagi kaum hawa. labuhkanlah jangan disentengkan . tak manis dan nampak pula yang tak sepatutnya nampak. faham kan ? mula mula tu memang tak biasa tapi dengan izin ALLAH lama lama kita akan terbiasa . macam saya nia. hanya lah contoh ye .
ignorekan muka saya ye .
macam tulah kan tutup dada.


selepas dah selesa kita mulakan dengan stokin kaki . ye memang dengar janggalkan tapi kaki pon aurat juga ye kawan kawan . contoh :
selain tutup aurat ,
 ia boleh mengelakka dari kesejukan :)





 selepas itu bolehla kita tutup pergelangan yang terbuka tuh . tak nak dah pakai lengan pendek kat luar rumah . mulakan pakai lengan panjang melepasi ponggong dan peha. seluar tu tukarkan dari jeans kepada slacks atau yang longgar  banyakkan baju kurung pon tak pe. tradisi kita kan ? contoh :
yang warna hitam tu . boleh beli di kedai .
berapa lah sangat harga dengan dibndingkan dengan pahala? 
okey tudung pon dah , stokin pon dah , sarung tangan pon dah , baju dah , ape lagi eh ???

haaaa.. kalo macam tu bolehla kita mantapkan lagi dgn apa y belom kite mantapkan . seperti solat . 
habiskan dulu solat 5 waktu . kalau itu memang dah mantap alhamdulillah :) kita boleh solat sunat . tambah pahala kan? selain itu kita bole baca al-quran . fasihkan lidah kita dengan ayat suci . zikir . YA ALLAH . banyak nya kita oleh buat dalam melakukan perubahan !!! contoh ?


solat itu tiang agama .

bacalah AL-QURAN :)



zikir akan menenangkan hati .
 













Saturday, 20 July 2013

kata hati yang mengelirukan

assalamualaikum

jikalau ikut kata hati banyak padah nye.
rase nak memberontak tu ade je selalu .
tak cukup lagi ke ? 
perjanjian kepada diri ni  kalau bole dikamuskan pasti beribu ribu muka suratnye (nmpak beno nipunye)
hati pandai menipu, hati [andai bersayang sayang .
hebatkan ciptaan ALLAH 
hati yang kecil ini dapat tampung berjuta malah infiniti jumlahnye . yang menampung perasaan kite .
paham kan? subhanaallah . hebat sangat hebat.
kita sebagai hambanya kenalah bersyukur . 
peringatkaan kepada diri sendiri .
 cukupkah lima waktu? ibadat puasa? al-quran? 
ya ALLAH . ampuni lah aku . 

wasalam


sudah besarkah aku ?

assalamualaikum . 

ketika aku terus laju menekan kekunci keyboard ini .
aku ingin katakan ini bulan ramadhan y penuh barakahnya y tersendiri
ketika aku berkata kata . aku cuba merasai di dalam  hati kecil ku ini
ia terasa .......
seolah olah perasaan y halus ditusuk ke lohong hitam itu.
aku akui aku mempunyai banyak melakukan  kesilapan .
terdetik jua aku ingin berubah . 
kelak anak anak ku akan mengikut perangai ku ini . aku akan dijadi teladan oleh anak anakku
adakah aku bersedia melangkah ke alam kedewassaan ini.
sudah besarkah aku.?
kalau diikutkan dgn saiz ku , raut wajahku , suara ku yang kecil ini .
pantas sahaja y tidak mengenali ku akan bertanya "tingkatan berape ?" eh mane boleh bawak kereta , kamu tak cukup umur 17 lagi !!" 
lantangnye berkatakata . dengan muke seposen ku . aku menadahkan telinga utk mendengar setiap kata kata y umpama pedang itu .
terasakah aku ? 
aku hanya manusia biasa y turun naik imannya . pasti sahaja akan merobek sedikit hati ku, 
tapi tidak mengapalah . pasti mereka tidak tahu akan hal yang sebenarnya , 
aku  pasti akan buktikan kpd mereka walaupun dgn saiz dan fizikal ku ini . pasti aku boleh berjaya seperti insan lain bukan ? ALLAH S.W.T  memberikan kita otak y sama akal y sama untuk menggerakkan jasad kita ,hanya kita y menentukan sama ada berjaya atau tidak . bak peribahasa melayu 'KECIL-KECIL CILI PADI ' walaupun ia kecil namun kepedasannya bole mengeutkan semua orang . 

wasalam

Wednesday, 29 May 2013

perwatakan ke arah lebih positif

assalamualaikum .
 agak lame aku menyepi kan diri dari dunia blog ini.
kerana aku sibuk dengan twitter ku dan instagram .
 aku sihat dan sakit . itu lumrah manusia sebagai hambanya yang satu . kita tak kan terlepas dari kekurangan atau kelebihan . aku dah dapat keputusan spm . mungkin bagi anda keputusan ku tidak lah secantik molek y disangka kan . tidaklah straight A dan tidak lah gagal . cukup cantik dimata ku . dan biarlah ianya rahsia ... shhh :) rancangan ku untuk sambung impian ku mungkin akan terbantut . untuk menjadi seorang profesor bukan mudah . ia memerlukan segala tenaga y kite ada . .. tak pe .. akan ku usaha kan walaupun perih . bak kata pepatah . 
"NAK SERIBU DAYA . TAKNAK SERIBU DALIH" 
sudah lali dengan peribahasa itu ? mungkin ia bagi anda namun tidak bagi ku yang terlalu kecik . sudah bersediakah aku melangkah ke alam yang lagi mencabar dari alam sekolah sudah sediakah aku dengan pelbagai rintangan berat untuk study ABROAD ? sudah sediakah ? nanti lah i pikir dulu .hahaha . why so serius ?